http://www.answers.com/topic/technology-in-education-current-trends
Artikel ini membincangkan tentang ICT dalam pendidikan sebagai satu trend semasa. Memandangkan penggunaan ICT menjadi semakin meluas, pihak berwajib termasuklah KPM, JPN, PPD, sekolah dan guru - guru mencari cara terbaik untuk mengintegrasikan teknologi ini ke dalam persekitaran pembelajaran. ICT boleh digunakan dalam pelbagai cara bergantung kepada strategi dan matlamat yang digunakan oleh pihak berwajib. Antara kegunaan ICT dalam pendidikan adalah yang pertama untuk menambah baik bidang pendidikan. Kedua untuk mencari sumber - sumber berkaitan pendidikan, ketiga ICT digunakan untuk membuat ringkasan dan seterusnya membentangkan hasil supaya lebih menarik. Akhir sekali, menggunakan teknologi untuk membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang serta untuk pendidikan jarak jauh.
No comments:
Post a Comment